- Pilih subjek yang KUAT
Kuat bagaimana?Haa..bukan otot yang kuat ye tapi lebih kepada objek yang mempunyai bentuk figura yang mampu dikenalpasti apakah objek tersebut. Anda mungkin mempunyai kreativiti tersendiri namun biarlah peminat anda dapat meneka apakah objek silhoutte yang anda ambil. - Matikan FLASH andaYep. tak semua gambar memerlukan flash, jadi anda hanya perlu matikan flash kamera anda kerana kita perlu mengurangkan cahaya yang menerangi objek tersebut.
- Pastikan kedudukan sumber CAHAYA Biasnya kita mengambil gambar dengan membelakangkan sumber cahaya supaya objek menjadi terang bukan?Haa..kali ini anda kena berfikir terbalik pulak. Kebiasaanya silhoutte dapat dihasilkan dengan meletakkan kamera anda bertentangan dengan sumber cahaya tersebut. Antara contoh sumber cahaya adalah lampu, tetingkap, ataupun matahari.
- BINGKAIKAN gambar silhouette andaAmbillah gambar anda dengan menggunakan berlatar belakangkan permandangan yang rata tetapi terang seperti langit atau pun tetingkap(seperti gambar di atas).
- Pastikan gambar silhouette anda dapat DITEKABila anda ingin menggunakan teknik, cuba seboleh-bolehnya untuk mendapatkan objek yang hendak di’silhouette’kan tersebut terasing daripada objek-objek yang mampu menghilangkan fokus pemerhati gambar anda. Contohnya silhouette yang tidak bagus adalah seperti gambar di bawah,
- Gunakan Mode MANUAL Kadangkala bila menggunakan mode automatik, kamera anda terlalu bijak dengan dapat mengesan bahawa objek anda berada dalam keadaan gelap, jadi secara automatisnya ia akan membetulkan kembali setting kamera supaya objek yang anda hendak ambil menjadi terang.Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, ambil satu gambar menggunakan mode auto. Lihat kepada setting yang disetkan oleh kamera anda dan ubah setting tersebut supaya gambar menjadi lebih gelap samada dengan mengurankan ISO, mengurangkan exposure, meninggikan apertureataupun memperlahankan shutter speed. Carilah setting terbaik .Untuk kamera handphone, anda boleh mengubah setting exposure yang tedapat pada kamera anda. Ikon exposure kebiasaanya berbentuk ‘matahari’, cuba untuk mengurangkan exposure tersebut satu persatu.
- Cuba mempelbagaikan GAMBAR Anda mungkin perlu mengambil lebih dari satu gambar dengan mempelbagaikan sudut mengambil gambar (angle) ataupun variasi dalam setting kamera anda. Ini kerana mungkin di dalam kamera ia tampak lawa namun apabila anda pulang ke rumah dan lihat gambar tesebut di dalam komputer, anda mungkin kecewa.Jadi, luangkan sedikit masa lagi untuk mengambil lebih banyak gambar daripada anda menyesal di kemudian hari dan tidak mampu berpatah balik.
Kamis, 15 Januari 2015
Teknik Fotografi Siluet
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar